DJI Phantom 4 Dilancarkan – Mampu Mengelak Halangan Secara Automatik

DJI Phantom 4 Dilancarkan – Mampu Mengelak Halangan Secara Automatik

Diterbitkan pada Mac 2, 2016 oleh .

Dron quadrotor keluaran DJI adalah yang paling popular di pasaran dan antara sebab mengapa penggunaannya semakin popular sekarang. Ianya mudah dipandu dan telah digunakan oleh tentera pemberontak sebagai platform risikan di Ukraine. Terdapat juga laporan ianya digunakan untuk menyeludup barangan haram ke dalam penjara di Oklahoma. Dron terkini mereka Phantom 4 baru sahaja dilancarkan dan ia mempunyai sistem yang mampu mengelak halangan secara automatik.

DJI Phantom 4 2

Empat buah kamera diletakkan pada tubuh Phantom 4 dan perisian terbina akan memastikan dron tidak akan melanggar sebarang halangan. Kamera yang sama digunakan untuk fungsi ActiveTrack yang membolehkan pengguna menetapkan objek yang perlu diekori dron. Perisian ActiveTrack kemudian menghasilkan model 3D bagi memastikan objek akan sentiasa diekori dengan tepat. Kamera 12 Megapixel yang digunakan mampu merakam video pada resolusi 4K. Phantom 4 kini mempunyai jarak kawalan sekitar 5 Kilometer dan terbang selama 28 minit sebelum perlu dicas semula.Kelajuan penerbangan maksimum pula ialah 72 kilometer sejam. Harga jualan DJI Phantom 4 ialah $1499 (~RM 6203) sebuah.


TIPS & ULASAN