Huawei P9 Tertiris -Kamera Berkembar Dengan Lensa Leica

Huawei P9 Tertiris -Kamera Berkembar Dengan Lensa Leica

Diterbitkan pada Mac 2, 2016 oleh .

Mobile World Congress baru sahaja berakhir dengan pelancaran Samsung Galaxy S7, LG G5 dan Xiaomi Mi 5. Ketiga-tiga peranti utama ini menawarkan fungsi menarik kepada pengguna dan kami tidak sabar untuk menanti ketibaan mereka di pasaran tempatan. Huawei, pengeluar peranti ketiga terbesar di dunia tidak mengumumkan peranti utama mereka di Barcelona. Ini adalah agak aneh kerana MWC ialah pameran peranti mudah alih utama dunia. Kini gambar Huawei P9, peranti utama mereka untuk tahun 2016 mula tertiris.

Huawei-P9-1

Ia nampaknya dilengkapi sepasang kamera yang dilaporkan menggunakan lensa yang dihasilkan oleh Leica. Kedua-dua kamera dipercayai mempunyai sensor sebesar 12 Megapixel. Spesifikasi lain ialah skrin 5.2″HD Penuh, pemproses Kirin 950, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 32 Gigabyte. Seperti Mate 8, sebuah pengimbas cap jari berbentuk empat segi diletakkan pada panel belakang. Turut kelihatan ialah port pengecasan USB-C. Tarikh pelancaran P9 masih belum diketahui tetapi dengan konfigurasi kamera berkembar ia meletakkannya sebagai peranti yang bersaing secara terus dengan LG G5.


TIPS & ULASAN