Cari @ Amanz

Terdapat beberapa siri permainan simulasi memandu yang mendapat sambutan hangat di dunia. Pada platform PC Project Cars ialah rajanya. Gran Turismo memegang panji pada konsol PlayStation dan Forza Motorsprot pada konsol Xbox. Ketiga-tiga permainan mempunyai golongan peminat tegar yang masing-masing mengakui permainan pilihan mereka adalah yang terbaik. Bagi pemilik PC Windows 10, anda akhirnya dapat menikmati sendiri siri Forza Motorsport di musim bunga yang bakal tiba.

Forza-Motorsport-6-Apex

Forza Motorsport 6 : Apex ialah permainan yang baru sahaja diumumkan untuk platform PC. Ia dibangunkan oleh Turn 10, pembangun asal permainan ini pada konsol Xbox. Grafik akan dipertingkatkan kerana menyokong Direct X12 dan mampu dinaikkan sehingga tahap 4K. Tambah mengejutkan permainan ini diberikan secara percuma menerusi Windows Store.

Sebanyak 63 kenderaan boleh dipandu di atas 20 trek perlumbaan yang terletak di enam lokasi. Permainan ini bakal menggunakan model Free to Play dan akan mempunyai sistem transaksi mikro. Buat masa ini spesifikasi PC yang mampu memainkannya belum diumumkan. Dari kualiti grafik yang dilihat pada versi Xbox One, anda pasti memerlukan PC yang berkuasa untuk menikmati permainan pada tetapan tertinggi.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd