Cari @ Amanz

Fujifilm-FP-100CBilakah kali terakhir anda membeli filem untuk kamera analog? Bilakah pula kali terakhir anda melihat orang membeli “Kodak” di kedai gambar? Kami puas memikirkan jawapan kepada soalan ini dan ianya mungkin lebih 7 tahun yang lalu. Sejak memiliki sebuah kamera digital pada tahun 2004, kami tidak lagi membeli filem ataupun menggunakan kamera analog.

Penggunaan peranti pintar dengan kamera yang baik adalah antara faktor yang menyebabkan filem analog dan syarikat yang menghasilkannya pupus. Hari ini sebuah lagi filem akan mengalami kepupusan.Fujifilm mengumumkan mereka akan menghentikan pengeluaran filem FP-100C yang digunakan oleh kamera segera Polaroid.

Filem segera siap ini akan dihentikan pengeluarannya bermula musim bunga ini. Keputusan diambil selepas mendapati jualan yang semakin berkurangan tahun demi tahun. Filem FP-100C digunakan untuk mengambil gambar passport dan kad pengenalan. Kepada pengguna kamera yang memerlukan filem ini, anda perlulah membelinya sekarang sebelum kehabisan stok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd