Masalah Kelembapan Pelayaran Web Antarabangsa Dijangka Diselesaikan Menjelang 31 Mac 2016

Masalah Kelembapan Pelayaran Web Antarabangsa Dijangka Diselesaikan Menjelang 31 Mac 2016

Diterbitkan pada Mac 2, 2016 oleh .

Pihak Telekom Malaysia telah berkongsi mengenai akan masalah pelayaran web antarabangsa yang mungkin sedikit perlahan berbanding kebiasaan sejak awal minggu ini, dan terkini pihak Telekom Malaysia berkongsi lanjut mengenainya.

Melalui mesej yang direkodkan pada panggilan pusat khidmat pelanggan Telekom Malaysia, mereka mengatakan masalah ini dijangka akan diatasi menjelang 31 Mac 2016 kelak.

Telekom Malaysia mengatakan masalah berpunca daripada kabel ASE (Asia Submarine Cable Express) yang mana menghubungkan Malaysia ke Asia Utara dan Amerika Syarikat.

Kerja pembaik-pulihan untuknya dikatakan akan dimulakan pada 25 Mac 2016 kelak, dan dijangka selesai sebelum 31 Mac 2016. Disebabkan oleh masalah ini, pelayaran web yang dihoskan di pelayan Amerika Syarikat atau Asia Utara akan mengambil masa yang lebih lama berbanding kebiasaan.


TIPS & ULASAN