Samsung Galaxy S7 Tidak Menyokong Pengecasan Pantas QuickCharge 3.0

Samsung Galaxy S7 Tidak Menyokong Pengecasan Pantas QuickCharge 3.0

Diterbitkan pada Mac 2, 2016 oleh .

Pemproses Snapdragon 820 ialah pilihan kebanyakan pengeluar untuk peranti utama mereka tahun ini. Xiaomi Mi 5, LG G5, Vivo Xplay 5 Flagship Edition dan Samsung Galaxy S7 ialah contoh peranti yang menggunakan pemproses terkini Qualcomm ini. Selain kuasa memproses lebih baik dan ketiadaan masalah kepanasam, Snapdragon 820 juga memperkenalkan sistem pengecasan pantas QuickCharge 3.0 yang lebih pantas berbanding sistem terdahulu. Sekiranya anda mahu memilik Galaxy S7 ini ada sedikit berita buruk buat anda.

QuickCharge-2.0

 

Kedua-dua Galaxy S7 dan S7 Edge tidak menyokong sistem pengecasan terkini ini sungguhpun ia diperkasakan oleh Snapdragon 820. Sebaliknya ia akan menggunakan sistem pengecasan QuickCharge 2.0 sahaja. Ini adalah bagi memberikan kesamarataan fungsi bagi Galaxy S7 yang diperkasakan pemproses Exynos 8890. Exynos 8890 hanya mampu mengecas menggunakan sistem Adaptive Fast Charging ciptaan Samsung yang mengecas sepantas QuickCharge 2.0. Apakah perbezaan dua format ini? QuickCharge 3.0 mampu mengecas sehingga 80% dalam masa 35 minit manakala QuickCharge 2.0 mampu mengecas sehingga 65% dalam jangka masa yang sama. Perbezaannya tidaklah besar tetapi sekiranya masa itu emas bagi anda setiap minit itu berharga.


TIPS & ULASAN