Cari @ Amanz

HTC telah memperlihatkan secara ringkas telefon pintar berspesifikasi pertengahan mereka, HTC Desire 728 ketika pelancaran HTC One A9 tempoh hari. Terkini, HTC Malaysia telah pun mula menjual peranti berkenaan, dimana ia membawakan harga jualan RM899 untuk pasaran tempatan.

HTC Desire 728

HTC Desire 728 menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan pada resolusi 1280×720 pixel, dijana menggunakan cip MediaTek MT6753 1.3GHz, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB.

Telefon pintar ini hadir dengan kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Seperti beberapa keluarga Desire yang lain, ia hadir dengan sokongan dwi-SIM serta ruangan untuk kad mikro-SD.

Bagi anda yang berminat dengan peranti HTC, anda sudah boleh mendapatkannya daripada para pengedar HTC seluruh negara pada harga jualan RM899.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd