Supercell, penerbit permainan popular Clash of Clans telah hadir dengan beberapa teaser untuk permainan Clash Royale sebelum ini, disamping menguji ia dalam beta di beberapa buah negara. Hari ini, Supercell telah pun melancarkan ia secara rasminya pada peringkat global, sekaligus membolehkan semua pengguna seluruh dunia memainkannya.
Permainan Clash Royale membawakan pelbagai watak dan elemen daripada Clash of Clans, tetapi dengan sedikit perubahan bentuk permainan. Clash Royale lebih memfokuskan kepada perlawanan antara dua pengguna dalam bentuk masa-nyata, dan pada masa yang sama membolehkan pengguna mengumpulkan kad untuk menambah kuasa serangan mereka. Seperti Clash of Clans juga, pemain Clash Royale dikehendaki memusnahkan dan menakluk kawasan pihak lawan untuk memenangi setiap cabaran.
Permainan Clash Royale ini ditawarkan secara percuma untuk Android dan iPhone. Seperti biasa, ia hadir dengan sokongan pembelian dalam aplikasi untuk menaik-taraf pasukan anda dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.
- Muat-Turun Clash Royale untuk Android
- Muat-Turun Clash Royale untuk iOS