Carian
Pembantu Maya, Hound Diperkenalkan Untuk Pengguna Amerika Syarikat
March 2, 2016 Effi Saharudin

Hound ialah pembantu maya yang dibangunkan oleh syarikat yang sama membangunkan aplikasi mengenalpasti muzik popular Soundhound. Pembantu maya ini diperlihatkan Jun tahun lalu sebagai saingan kepada Google Now, Cortana dan Siri. Ia menggunakan teknologi Houndify yang sama seperti digunakan pada Soundhound. Selepas menjalani ujian Beta selama lebih enam bulan, Hound kini boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan iOS – di Amerika Syarikat.

Aplikasi ini turut mengintegrasikan aplikasi Uber, Yelp dan Expedia. Pengguna boleh menggunakan Hound untuk bertanya tambang perjalanan Uber dan lokasi restoran terdekat secara terbina. Dari keputusan carian yang dilakukan, pengguna boleh mengecilkan lagi skop carian dengan menanyakan soalan kedua. Ini adalah fungsi unik yang setahu kami tidak disokong oleh pembantu maya yang lain.

Komen