Netflix telah memperkenalkan perkhidmatan mereka di seluruh dunia pada awal Januari 2016 yang lepas, dan kini, perkhidmatan penstriman video popular berkenaan hadir dengan sebuah tugasan yang merupakan salah satu minat ramai, iaitu bercuti ke set-set pengambaran dan berkongsi gambar berkenaan melalui Instagram.
Dinamakan sebagai Grammasters, Netflix mencari seramai 6 orang pengguna yang akan bertugas sebagai jurugambar Instagram yang akan dihantar ke Eropah untuk melawat pelbagai lokasi perfileman yang ikonik dan popular. Pengguna yang terpilih berkenaan perlu berkongsi gambar rakaman mereka melalui akaun Instagram mereka – dan menariknya, pihak Netflix akan membayar untuk tugasan berkenaan.
Netflix mengatakan pengguna terpilih akan perlu bercuti dan melawat ke set pengambaran berkenaan selama dua minggu – dan selama dua minggu berkenaan, Netflix akan membayar $2000 seminggu.
Pada tahun lepas, Netflix turut telah mengadakan perkara yang lebih kurang sama, tetapi pada tahun lepas Netflix menyasarkan lawatan dan berkongsi gambar sekitar Amerika Utara.
Jika anda ingin mencuba nasib, mungkin boleh menyemak laman Netflix Grammasters dan mencuba nasib anda.