Outer Rim, DLC Pertama Star Wars Battlefront Membolehkan Anda Berperang Di Istana Jabba
Artikel Berkaitan

Outer Rim, DLC Pertama Star Wars Battlefront Membolehkan Anda Berperang Di Istana Jabba

Diterbitkan pada Mac 3, 2016 oleh .

Star Wars Battelfront menerima sambutan luar biasa apabila ia dilancarkan November tahun lalu. Sebanyak 13 juta salinan terjual setakat ini dan kami melihat masih ramai teman yang memainkannya secara atas talian. Antara komen negatif yang kami dengari mengenai Battlefront ialah jumlah peta dan mod permainan yang terhad. Misi bermain secara berseorangan juga tidak disertakan tidak seperti permainan FPS yang lain di pasaran. DLC berbayar pertama Battlefront baru sahaja diumumkan dan dikenali sebagai Outer Rim.

Star-Wars-Battlefront-DLC-1

Dua peta baru disertakan iaitu Tatooine dan Sullust. Peta Tatooine membolehkan pemain berperang di dalam istana milik Jabba The Hutt. Peta Sullust pula membolehkan pemain berperang di kawasan dipenuhi lava. Extraction, mod permainan baru turut disertakan. Di dalam Extraction pihak Rebels perlu menyeludup keluar barangan berharga dari peta menggunakan kapal pengangkut. Pihak Empire pula akan berusaha keras mengelakkan mereka dari melengkapkan misi.

Dua watak hero baru Greedo dan Nien Rubb turut disertakan. Outer Rim akan boleh dimuat turun bulan ini dan terkandung di dalam season pass yang dijual oleh EA. Harga pembelian secara berasingan masih belum diumumkan. Selepas Outer Rim, dua lagi DLC akan dilancarkan tahun ini yang akan membolehkan pemain berperang di Bespin dan Death Star.


TIPS & ULASAN