HTC Hadir Dengan Video Teaser Ringkas Untuk Telefon Pintar Akan Datang
HTC

HTC Hadir Dengan Video Teaser Ringkas Untuk Telefon Pintar Akan Datang

Diterbitkan pada Mac 3, 2016 oleh .

HTC pada minggu lepas telah hadir dengan sebuah gambar ringkas pada akaun Twitter mereka dengan hashtag #powerof10 – memberikan petanda untuk pengenalan telefon pintar HTC One M10 mereka tidak lama lagi. Hari ini, mereka turut hadir dengan sebuah video teaser ringkas untuk peranti akan datang mereka itu.

Menggunakan nama Power of 10, pihak HTC mengatakan mereka sedang membangunkan telefon pintar akan datang tanpa henti dalam usaha membangunkan sebuah telefon pintar yang terbaik bagi anda.

Video ini lebih kepada hadir dengan hype awal, apatah lagi dengan untuk beberapa minggu ini Samsung, LG dan Xiaomi mencuri perhatian dengan peranti baru mereka.

Pihak HTC masih tidak mengumumkan bilakah mereka akan melancarkannya, tetapi dengan kehadiran teaser-teaser ini, kita mungkin dapat melihat pengumuman daripada mereka tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN