Malaysia Mempunyai Lebih 18 Juta Pengguna Facebook Yang Aktif Setiap Bulan

Malaysia Mempunyai Lebih 18 Juta Pengguna Facebook Yang Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan pada Mac 3, 2016 oleh .

Facebook merupakan salah satu laman sosial yang popular diseluruh dunia, termasuk di Malaysia. Ramai yang menggunakannya untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan lain, disamping pada masa yang sama mengikuti pelbagai perkembangan semasa terus melalui laman sosial berkenaan.

Berkongsi mengenai pengguna tempatan, Facebook mengatakan kini Malaysia mempunyai lebih 18 juta pengguna aktif setiap bulan yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Menariknya, 17 juta daripada mereka turut aktif melayari Facebook pada peranti mudah-alih mereka.

Facebook

Facebook juga turut dikatakan satu-satunya platform atas-talian yang diakses pada pelbagai peranti dengan aktif – tidak kira sama ada PC, telefon pintar, mahupun pada tablet.

Disamping berkongsi statistik semasa, Facebook turut mengatakan kini lebih kurang 2 daripada 3 pengguna tempatan menonton video di Facebook – sekaligus memperlihatkan video bakal menjadi salah satu fokus pihak Facebook untuk bulan-bulan akan datang.

Facebook

Facebook sendiri mengatakan mereka akan menekankan lagi kepada kandungan berbentuk siaran langsung melalui Facebook Live, dan juga memperbanyakkan kandungan berbentuk video 360-darjah.


TIPS & ULASAN