Carian
Inilah Teknik Menyeludup Kad MikroSD Di China
March 3, 2016 Effi Saharudin

Kad MikroSD, keperluan ataupun aksesori tambahan? Secara peribadi kami tidak menggunakannya kerana sering menggunakan peranti yang berkapasiti tinggi dan tidak memuat-turun banyak aplikasi. Harga jualan kad MikroSD masih lagi mahal dan ini mungkin menyebabkan seorang lelaki China menyeludupnya masuk dari Hong Kong. Lelaki yang identitinya tidak didedahkan ini berjaya diberkas pihak berkuasa China di Shenzen ketika cuba menyeludup 9000 kad MikroSD.

Seludup-kad-MikroSD

Nilai kad yang cuba diseludup ialah sekitar 100000 RMB (~RM 63178). Kesemua kad dibalut pada bahagian betis dan paha seakan-seakan sepasang seluar zirah adiwira. Walaupun kad MikroSD dibuat di China, harga jualannya masih lebih mahal berbanding di Hong Kong. Ramai cuba mencari keuntungan lebih dengan menyeludup barangan elektronik dan peranti dari Hong Kong sebelum menjualnya semula. Sekiranya anda di dalam situasi lelaki ini, adakah anda sanggup memakai “seluar kad MikroSD” semata-mata untuk keuntungan ketika berniaga?

Komen