Carian
Peratusan Komputer Menggunakan Windows 10 Kini Melangkaui Windows 8.1, XP & Mac OS X
March 3, 2016 Effi Saharudin

Sistem operasi Windows Mobile masih gagal untuk bersaing dengan Android dan iOS. Pegangan hanya 5.2%  meletakkannya di tempat ketiga sebagai sistem operasi peranti mudah alih paling popular. Jualan peranti juga semakin menyusut dengan sekitar 4 juta sahaja terjual sepanjang 2015. Nasib Microsoft di dalam arena peranti pintar tidak  membanggakan tetapi di dalam dunia sistem operasi komputer mereka masih lagi juara.

Windows-10

Angka terkini oleh Netshare menunjukkan Windows 10 kini digunakan 12.82% pengguna. Ini meletakkannya di tangga kedua di belakang Windows 7 yang pegangan pasaran sebesar 52.34%. Dalam masa hanya enam bulan Windows 10 kini melangkaui penggunaan XP (11.24%), Windows 8.1 (9.83%) dam Mac OS 10.11 (3.72%).  Ini pastinya membanggakan Microsoft kerana program naik taraf secara percuma mereka nampaknya membuahkan hasil.

Komen