Acer Liquid Z630s Hadir Dengan 3GB RAM Dan Bateri 4000mAh – Berharga RM799

Acer Liquid Z630s Hadir Dengan 3GB RAM Dan Bateri 4000mAh – Berharga RM799

Diterbitkan pada Mac 3, 2016 oleh .

Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada mereka, yang mana juga merupakan kemaskini kepada Acer Liquid Z630 sebelum ini. Dinamakan sebagai Acer Liquid Z630s, ia hadir dengan cip pemprosesan yang lebih berkuasa, dan pada masa yang sama menawarkan memori 3GB RAM.

Acer Liquid Z630s hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD, dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6753. Pihak Acer menawarkan memori 3GB RAM pada peranti ini untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lancar, serta ruangan storan sehingga 32GB untuk menyimpan pelbagai kandungan media dan gambar.

Acer Liquid Z630s

Acer menyertakan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang peranti ini, dan ia turut hadir dengan kamera 8-megapixel rakaman luas untuk selfie.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 4000mAh yang membolehkan pengguna menggunakan peranti ini sepanjang hari – disamping turut digunakan untuk mengecas peranti yang lain.

Acer Liquid Z630s dijana menggunakan Android 5.1 Lollipop, dan hadir dengan penambahan antaramuka Acer Liquid UI yang menyertakan beberapa fungsi tambahan, termasuk sokongan audio DTS Studio Sound.

Acer Liquid Z630s ini dijual pada harga RM799 di Malaysia.


TIPS & ULASAN