Apple Kini Menyediakan Akaun Twitter Untuk Berkongsi Tips Dan Tutorial

Apple Kini Menyediakan Akaun Twitter Untuk Berkongsi Tips Dan Tutorial

Diterbitkan pada Mac 3, 2016 oleh .

Apple hari ini secara rasminya telah memperkenalkan sebuah akaun rasmi untuk khidmat sokongan di Twitter, menggunakan nama pengguna @AppleSupport. Melaluinya, Apple akan menawarkan tips dan tutorial berkaitan dengan produk dan perkhidmatan mereka.

Apple Support

Melalui akaun @AppleSupport, pihak Apple telah mula berkongsi beberapa tips, dan tips pertama yang dikongsikan adalah bagaimana menguba list ke checklist menggunakan aplikasi Notes mereka.

Apple turut mengatakan mereka akan turut menawarkan bantuan kepada pengguna melalui akaun berkenaan – sekaligus menjadikan ia satu lagi platform untuk pengguna capai bagi mendapatkan khidmat bantuan berkaitan produk dan perkhidmatan Apple.


TIPS & ULASAN