Hotlink Tawar Internet Laju Percuma (1pagi-7pagi) Untuk Pengguna Sabah, Sarawak, Kelantan, Dan Terengganu

Hotlink Tawar Internet Laju Percuma (1pagi-7pagi) Untuk Pengguna Sabah, Sarawak, Kelantan, Dan Terengganu

Diterbitkan pada Mac 4, 2016 oleh .

Celcom sedia menawarkan akses internet berkelajuan tinggi untuk pengguna Xpax mereka, dan kini Maxis tidak ketinggalan dan melakukan perkara sama untuk pengguna pelan Hotlink mereka. Tetapi, buat masa ini, ia hanya terhad untuk pengguna di Sabah, Sarawak, Kelantan dan juga Terengganu sahaja.

Melalui apa yang ditawarkan oleh Hotlink, pengguna di negeri berkenaan, hanya perlu membuat tambah-nilai sebanyak RM10, dan menikmati panggilan tanpa had dikalangan rangkaian Maxis, dan pada masa yang sama menawarkan akses internet berkelajuan tinggi pada 1 pagi hingga 7 pagi. Pengguna juga disediakan dengan penawaran akses ke Facebook selama 24 jam dengan tambah-nilai minima RM10.

Hotlink Superrr

Maxis turut menekankan yang mana untuk menikmati tawaran ini, pengguna dikehendaki membuat tambah-nilai dalam satu kod yang sama – dan ia tidak dikira sekiranya pengguna membuat tambah-nilai RM5 sebanyak dua kali.

Promosi ini disediakan oleh Maxis untuk pengguna pelan #Hotlink EC/EM – yang mana boleh diaktifkan oleh pengguna di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu dengan mendail *108*26#.


TIPS & ULASAN