Oculus Rift Untuk Mac Akan Hadir Jika Apple Menghasilkan Komputer Berspesifikasi Tinggi

Oculus Rift Untuk Mac Akan Hadir Jika Apple Menghasilkan Komputer Berspesifikasi Tinggi

Diterbitkan pada Mac 4, 2016 oleh .

Peranti realiti maya Oculus Rift dan HTC Vive akan tiba di tangan pemain PC tahun ini. Kedua-duanya dijangka mengubah landskap permainan PC dan diharap menjadi pemangkin era realiti maya yang sudah 20 tahun diuar-uar akan tiba. Buat masa ini hanya platform PC disokong oleh peranti-peranti ini. Tetapi menurut pengasas Oculus Palmer Luckey, sokongan untuk Mac akan tiba sekiranya Apple menghasilkan komputer yang berspesifikasi tinggi.

Oculus-Rift-Set-1

 

Menurut beliau Mac Pro yang merupakan komputer paling berspesifkasi tinggi Apple masih tidak mencecah spesifikasi minimum untuk menggunakan Oculus. Ia hanya dilengkapi kad grafik AMD FirePro D700 dan ini tidak setanding dengan kad grafik Nvidia Geforce GTX 970 yang diperlukan untuk menggunakan Oculus. Selagi perkakasan Mac yang lebih baik tidak dihasilkan, selagi itulah Oculus akan kekal eksklusif pada platform PC. Berita ini agak mengejutkan kerana Mac Pro dijual pada harga bermula dari RM 13999 tetapi masih tidak cukup berkuasa menjalankan Oculus jika dibandingkan dengan PC yang dijual pada harga sekitar RM 6000.


TIPS & ULASAN