Carian
Sony Xperia X Dan X Performance Tidak Menyokong Pengecasan QuickCharge 3.0
March 4, 2016 Effi Saharudin

Dua hari lalu kami laporkan Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge kedua-duanya tidak menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 kerana terdapatnya versi Exynos. Nampaknya dua peranti terkini Sony, Xperia X dan X Performance juga tidak menyokong sistem baru ini dan sebaliknya hanya menggunakan QuickCharge 2.0. Ini disahkan sendiri melalui laman rasmi Qualcomm.

Sony-Xperia-XA-1

Jadi apakah alasan X Performance yang dilengkapi Snapdragon 820 dan Xperia X yang dilengkapi Snapdragon 650 tidak menyokong QuickCharge 3.0? Kami rasakan ini mungkin kerana kedua-duanya masih lagi menggunakan port MikroUSB dan bukannya USB-C. Sistem QuickCharge 3.0 memerlukan port USB-C untuk berfungsi kerana menyokong voltan lebih tinggi. LG G5 yang menggunakan Snapdragon 820 dan USB-C tidak mempunyai masalah menyokong format pengecasan ini.

Komen