Microsoft Bakal Menawarkan Surface Pro 4 Type Cover Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari
Artikel Berkaitan

Microsoft Bakal Menawarkan Surface Pro 4 Type Cover Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada Mac 4, 2016 oleh .

Microsft Surface Pro 4 dilancarkan November lalu dan ia menurut pendapat kami adalah komputer tablet Windows yang terbaik di pasaran. Pelbagai aksesori dibawa masuk oleh Microsoft Malaysia kecuali Type Cover dengan pengimbas cap jari Fingerprint ID. Kepada yang masih menantikan kehadirannya, anda tidak perlu menunggu lama. Microsoft mengumumkan papan kekunci kompak ini akan mula dijual di 26 pasaran baru dan Malaysia termasuk di dalam senarai ini.

Surface Pro 3

Menurut mereka pra-tempahan akan dibuka di kesemua pasaran baru ini melalui MicrosoftStore.com. Pihak Microsoft Malaysia mengesahkan di Malaysia ia hanya akan dibuka bermula 15 Mac hadapan.

Baca ulasan Microsoft Surface Pro 4 kami


TIPS & ULASAN