Nintendo 3DS Edisi Terhad Super Famicom Dilancarkan

Nintendo 3DS Edisi Terhad Super Famicom Dilancarkan

Diterbitkan pada Mac 4, 2016 oleh .

Nintendo Super Famicom ialah antara konsol yang paling berjaya di dalam sejarah permainan komputer. Sejak dilancarkan pada tahun 1990 sebanyak 49 juta Super Famicom (ataupun SNES di pasaran Amerika Syarikat) telah terjual. Sungguhpun dikeluarkan pada tahun 1990, penghasilan konsol ini hanya dihentikan oleh Nintendo pada September 2003.  Kepada yang masih mempunyai nostalgia dengan konsol ini, anda kini boleh mendapatkan Nintendo 3DS edisi terhad Super Famicom.

Super-Famicom-3DS-2

Nintendo 3DS edisi terhad ini  dilengkapi empat warna butang kawalan dengan warna asal  Super Famicom. Panel luar mempunyai rekaan sebuah Super Famicom edisi pasaran Jepun. Pelancaran model terhad ini adalah bagi menyambut pengumuman permainan klasik Super Famicom kini dapat dimainkan pada 3DS menggunakan Virtual Console. Hanya 10000 3DS ini akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga ¥21600 (~RM 783) sebuah April hadapan


TIPS & ULASAN