Cari @ Amanz

Pada tahun ini, ia bakal menjadi penentu sama ada pihak HTC masih dapat memberikan saingan dalam arena peranti mudah-alih ataupun sebaliknya. Untuk tahun ini, ramai yang menantikan telefon flagship daripada HTC yang dijangka akan diperkenalkan dalam masa sebulan dua lagi – apatah lagi dengan pesaing mereka yang telah mula menawarkan peranti masing-masing.

HTC sebelum ini telah hadir dengan beberapa teaser untuk peranti mereka, dengan menggunakan slogan “Power of 10”. Kini, @evleaks yang sering terkenal dengan ketirisan maklumat berkaitan peranti HTC menyatakan kemungkinan peranti akan datang HTC dikenali dengan nama hanya HTC 10.

HTC dijangka akan menawarkan spesifikasi tinggi para peranti akan datang mereka ini, dan turut hadir dengan sokongan butang fizikal dihadapan yang turut menyertakan pengimbas cap jari. Logo HTC dihadapan dilihat telah dibuang melalui beberapa gambar tertiris sebelum ini.

Dengan lebih maklumat yang hadir dari hari ke hari, mungkin kita akan mendengar daripada HTC tarikh pelancaran produk mereka tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd