Mungkinkah Ini Rekaan Akhir Untuk HTC 10 Yang Bakal Diumumkan?
HTC

Mungkinkah Ini Rekaan Akhir Untuk HTC 10 Yang Bakal Diumumkan?

Diterbitkan pada Mac 4, 2016 oleh .

HTC telah hadir dengan beberapa teaser sebelum ini untuk telefon pintar akan datang mereka yang dikatakan mungkin dikenali sebagai HTC 10. Terkini, lanjutan daripadanya, sebuah gambar baru hadir dilihat berkemungkinan adalah rekaan akhir untuk HTC 10 kelak.

HTC 10

Mengikut info daripada @OnLeaks, HTC 10 ini dikatakan akan dilengkapi skrin bersaiz 5.15-inci dengan resolusi QHD, dijana menggunakan cip Snapdragon 820, dan GPU Adreno 530. Seperti kebanyakkan peranti lain, HTC 10 juga dijangka dilengkapi memori 4GB RAM.

HTC 10 juga dikatakan akan menggunakan kamera 12-megapixel dan sambungan berasaskan USB Type-C.

Pihak HTC seperti biasa masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan ketirisan ini buat masa ini.


TIPS & ULASAN