Google Chrome Kini Memperlihatkan Semua Pemalam Yang Terpasang Disebelah Bar Alamat

Google Chrome Kini Memperlihatkan Semua Pemalam Yang Terpasang Disebelah Bar Alamat

Diterbitkan pada Mac 5, 2016 oleh .

Google Chrome telah menyokong pemalam (extensions) sejak beberapa tahun yang lepas. Tetapi, salah satu perkara yang jarang dilakukan pengguna adalah menguruskan pemalam yang terpasang mahupun nyah-pasang pemalam yang tidak digunakan.

Google Chrome

Kini, dalam usaha mengingatkan pengguna berkaitan pemalam yang terpasang – kemaskini baru Google Chrome memperlihatkan pelbagai pemalam yang terpasang pada pelayar web anda dalam bentuk ikon, bersebelahan dengan bar URL.

Melaluinya, pengguna boleh melihat apakah pemalam yang terpasang, dan mengelakkan sebarang pemalam yang tidak dikehendaki terdapat pada pelayar web mereka. Memandangkan pemalam menggunakan kuasa komputer tambahan, ada baiknya anda membuang apa yang tidak digunakan dan menjadikan pelayaran web anda lebih lancar.


TIPS & ULASAN