Instagram Menghalang Perkongsian Pautan Telegram & Snapchat Pada Profil Pengguna

Instagram Menghalang Perkongsian Pautan Telegram & Snapchat Pada Profil Pengguna

Diterbitkan pada Mac 5, 2016 oleh .

Telegram-InstagramFacebook, Instagram dan WhatsApp ialah tiga perkhidmatan popular yang dimiliki oleh Mark Zuckerberg. Beliau berbelanja berbillion Dollar untuk memastikan beliau mempunyai pegangan kukuh di dalam arena media sosial.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, monopoli aplikasi pemesejan WhatsApp mula menerima saingan dari Telegram. Monopoli Instagram juga menerima saingan dari Snapchat sehingga Instagram melancarkan Bolt, aplikasi seakan Snapchat mereka.

Usaha mereka untuk bersaing nampaknya kini menggunakan langkah keji. Pengguna Instagram kini tidak lagi boleh meletakkan pautan Telegram ataupun Snapchat pada profil mereka. Sekiranya ia dilakukan, Instagram memberikan amaran bahawa pautan tersebut adalah tidak dibenarkan. Aneh sekali pautan ke Twitter dan LinkedIN masih dibenarkan. Ini bukan kali pertama syarikat di bawah payung Facebook melakukan halangan terhadap pautan ke perkhidmatan pesaing. Disember lalu pautan ke Telegram dihalang dari dipaparkan di dalam WhatsApp.

Telegram kini hanya mempunyai 100 Juta pengguna aktif setiap bulan berbanding 1 Billion yang menggunakan WhatsApp. Walalupun jumlah pengguna mereka masih jauh di belakang, WhatsApp nampaknya sudah mengambil langkah awal untuk menghalangnya dari bersaing dengan mereka.


TIPS & ULASAN