Keputusan untuk SPM telah pun keluar, dan semestinya ramai antara anda, adik-beradik mahupun anak anda telah menerimanya dan kini merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya – iaitu di Institusi Pengajian Tinggi.
Untuk memudahkan proses berkenaan, salah satu perkhidmatan berasaskan web baru yang hadir adalah SKEP atau nama panjangnya, Sistem Kemasukan Pelajar oleh GPMS. Melalui laman SKEP, ia secara khusus memfokuskan kepada pendaftaran ke institusi pengajian tinggi swasta. Menggunakan sistem berkenaan, pengguna boleh mendaftarkan diri untuk program yang diminati di pusat pengajian tinggi berhampiran terus melalui internet, dan menerima keputusan dengan serta-merta.
Pertama kali, pengguna perlu mendaftarkan diri untuk mendapatkan nombor pin dengan menghantar MYEP
Sebaik sahaja selesai memasukkan maklumat seperti keputusan SPM, program pilihan dan sebagainya, pengguna akan diperlihatkan dengan keputusan permohonan berdsasarkan kepada pilihan awal. Seterusnya boleh terus mendaftar di institusi pengajian tinggi yang ditawarkan serta-merta.
Bagi anda yang mempunyai adik, anak atau kawan yang baru mendapat keputusan SPM, mungkin boleh semak laman SKEP hari ini, dan mula mendaftarkan diri sekaligus mendapat tempat di IPT serta-merta.
- Layari : SKEP