Cari @ Amanz

Adam-Johnson-FIFA-16Adam Johnson, bekas pemain kelas Sunderland dan pernah mewakili England akan dibuang dari permainan FIFA 16. Electronic Arts kini di dalam usaha menghasilkan kemas kini terhadap permainan ini supaya permain yang baru sahaja didapati bersalah merogol seorang remaja berusia 15 tahun oleh mahkamah England. Beliau berhadapan meringkuk di dalam penjara selama 10 tahun.

Buat masa ini watak beliau telah dibuang dari senarai Active Roster untuk dimainkan di dalam mod musim dan atas talian.Tindakan membuang watak beliau ini dilakukan EA selepas menerima banyak permohonan dari orang ramai di atas talian. Mereka sudahpun menerima reaksi negatif kerana mengambil masa terlalu lama untuk membuang Johnson dari permainan ini.

Ini bukan kejadian pertama profil pemain dipadamkan dari permainan yang dihasilkan oleh EA. Sebelum ini Ray Rice dan Aaaron Hernandez, pemain liga NFL juga dibuang dari permainan Madden kerana didapati bersalah membelasah isteri dan di dalam kes Fernandes didapati bersalah membunuh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd