Boeing Menghasilkan Tandas Pesawat Yang Membasmi Kuman Secara Automatik

Boeing Menghasilkan Tandas Pesawat Yang Membasmi Kuman Secara Automatik

Diterbitkan pada Mac 6, 2016 oleh .

Tandas ialah kawasan paling kotor di dalam sesebuah pesawat. Ini tidak mengejutkan kerana ianya dikongsi oleh ratusan penumpang dan tidak mempunyai kuantiti air yang banyak. Di penghujung penerbangan selama 14 jam, adalah tidak mustahil melihat tandas yang berlopak, berbau aneh dan sudah kehabisan tisu. Ini pernah kami alami sendiri beberapa kali. Di dalam satu kajian beberapa tahun yang lalu, kerana tandas yang kotor anda boleh menemui zarah najis pada meja makan dan kerusi penumpang.

Tandas-Boeing

Boeing sudah menghasilkan tandas yang membasmi kuman secara automatik. Selepas digunakan, keseluruhan tandas anda menjalani proses nyahkuman menggunakan lampu ultra ungu. Ini mampu membunuh 99.99% kuman yang wujud di dalam tandas. Proses ini hanya mengambil masa 3 saat.

Selain sistem UV, kesemua pili air, pam tandas dan mekanisme menurun tempat duduk tangan menggunakan sistem imbasan. Penumpang tidak perlu menyentuh untuk mengaktifkan kesemua alat di atas justeru mengurangkan kontaminasi kuman dan zarah najis. Akhir sekali di bahagian lantai terdapat sistem vakum yang menyedut partikel kotoran.

Tandas membasmi kuman ini masih di dalam peringkat prototaip. Ini antara ciptaan baru yang menjadi finalis pertandingan Crystal Cabin Award 2016. Sebagai penumpang yang jijik dengan kotoran, kami mahukan tandas ini digunakan di dalam pesawat pada kadar segera.

 


TIPS & ULASAN