Cari @ Amanz

Jika anda menggunakan Xpax, dan inginkan kredit tambahan, kini pihak Celcom menawarkannya untuk pengguna Xpax yang mengaktifkan perkhidmatan langganan lagu tersendiri daripada mereka, dinamakan Yonder Music.

Yonder Music merupakan salah satu perkhidmatan penstriman lagu yang mempunyai pelaburan daripada pihak Axiata, dan ia ditawarkan secara eksklusif untuk pengguna talian Celcom dan Xpax. Sejumlah artis tempatan turut menawarkan lagu mereka secara eksklusif untuk platform berkenaan.

Xpax Yonder Music

Untuk mendapatkan kredit RM10 daripada Xpax ini, pelanggan Xpax terlebih dahulu perlu mengaktifkan langganan Xpax Internet dalam pilihan harian atau bulanan. Untuk makluman, pelan paling murah yang anda boleh langgani adalah pelan RM10 mingguan yang memberikan anda 500MB.

Sebaik sahaja selesai melanggan Xpax Internet mingguan atau bulanan, anda seterusnya perlu memuat-turun aplikasi Yonder Music dan mengaktifkannya.

Pengguna akan menerima kredit RM10 selepas itu, dan membolehkan anda mendengar lagu Yonder Music tanpa had. Penawaran ini terhad kepada pengguna Yonder Music baru sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd