Kini Anda Boleh Mencuba Lebih 500 Perisian Apple II Yang Sukar Ditemui Pada Pelayar Web

Kini Anda Boleh Mencuba Lebih 500 Perisian Apple II Yang Sukar Ditemui Pada Pelayar Web

Diterbitkan pada Mac 7, 2016 oleh .

Internet Archive sebelum ini telah mengarkibkan pelbagai perisian klasik yang membolehkan pengguna mengaksesnya terus melalui pelayar web. Terkini, mereka turut menyenaraikan lebih kurang 500 perisian yang sukar ditemui untuk Apple II pada laman mereka.

Apple II merupakan komputer 8-bit yang telah diperkenalkan pada tahun 1977 – dan merupakan salah satu mikro-komputer terawal yang dikategorikan berjaya.

Apple II 4am

Proses pengumpulan pelbagai perisian yang sukar ditemui untuk Apple II ini telah dilakukan oleh pengguna yang menggunakan nama samaran 4am. Dengan sumbangan ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan program Apple II yang dihoskan pada Internet Archive berjumlah 3897 – yang mana memberikan anda peluang mencubanya terus pada pelayar web.

Bagi anda yang pernah menggunakan Apple II sebelum ini, mungkin boleh mengembalikan nostalgia anda kembali dengan menyemak sejumlah perisian yang disenaraikan pada Internet Archive hari ini.

Layari : 4am/Apple II


TIPS & ULASAN