Taman Tema Nintendo Land Akan Dibuka Di Universal Japan Park

Taman Tema Nintendo Land Akan Dibuka Di Universal Japan Park

Diterbitkan pada Mac 7, 2016 oleh .

Di Malaysia, Johor ialah negeri yang mempunyai paling banyak taman tema. Ia membolehkan anak-anak kecil bertemu dengan idola animasi ataupun permainan mereka di samping menikmati pelbagai permainan yang mengujakan di sekitar taman.

Nintendo-Land-1Trend menghasilkan taman tema ini dimulakan oleh Walt Disney dan kini diguna pakai oleh pemegang IP ternama di seluruh dunia. Nintendo juga tidak mahu ketinggalan dan mengumumkan taman tema Nintendo Land mereka akan dibina di dalam Universal Japan Park.

Taman tema ini akan menelan belanja $350 Juta (~RM 1.4 Billion) dan akan memaparkan watak-watak terkenal Nintendo seperti Mario dan Link. Projek kini masih di dalam fasa perancangan tetapi dijangka dibuka pada tahun 2020 sebelum temasya Olimpik di Jepun. Kami membesar dengan Nintendo dan idea taman tema ini kami mahukan sejak dua puluh tahun yang lalu. Kami berharap akan ada replika yang membenarkan pengunjung merasa diri mereka benar-benar di dalam dunia Mario dan Hyrule.


TIPS & ULASAN