Cari @ Amanz

Oppo telah hadir dengan telefon pintar memfokuskan selfie mereka, dinamakan sebagai Oppo F1 pada bulan lepas. Terkini, Oppo Malaysia dalam perancangan untuk menawarkan satu lagi variasi warna Oppo F1 untuk pasaran tempatan, iaitu merah jambu emas.

Oppo F1 Rose Gold

Seperti ramai sedia maklum, penawaran peranti dengan pilihan warna merah jambu emas telah menjadi salah satu trend pada masa kini oleh ramai pengeluar. Ia juga memberikan lebih pilihan kepada pengguna berbanding warna sedia ada di pasaran.

Oppo F1 membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip Snapdragon 615, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah bahagian kameranya, dimana ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Oppo Malaysia bakal menawarkan variasi peranti Oppo F1 berwarna merah jambu emas ini di Malaysia bermula 11 Mac 2016 ini, dan harga jualannya adalah kekal RM1198 seperti sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd