Cari @ Amanz

Jika anda seorang sadis yang gemar memainkan watak penembak tepat, Sniper Elite ialah siri permainan yang jatuh ke dalam kategori harus dimiliki. Kami mengakui kami tergolong di dalam kategori ini dan siri ini membenarkan kami memenuhi fantasi menembak kepala dan alat sulit anggota Nazi secara gerak perlahan. Siri ini memang terkenal dengan animasi kematian musuh yang bukan sahaja ganas tetapi akan membuatkan pemain bersorak keriangan kerana amat realistik.

Hari ini trailer pengumuman Sniper Elite 4 dilancarkan dan menarik sekali permainan ini akan dijual tahun ini. Kali ini Karl Fairburne akan beroperasi di Itali pada tahun 1943 selepas usai melakukan operasi di Afrika Utara. Beliau akan membatu pasukan penentang fasis di Itali bagi menjatuhkan kerajaan Mussolini dan tentera Nazi. Permainan ini akan hadir pada platform PlayStation 4, Xbox One dan PC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd