Cari @ Amanz

Sedikit berita buruk kepada mereka yang menantikan pelancaran Fable Legends pagi ini. Permainan ini baru sahaja dibatalkan dan Lionhead Studios yang bertanggungjawab membangunkannya pula akan ditutup. Penutupan studio yang ternama ini amat mengejutkan kerana mereka menghasilkan siri Fables, The Movies dan Black & White yang mendapat sambutan yang baik dari pengguna. Lionhead Studios dibeli oleh Microsoft pada tahun 2006 dan pengasasnya Peter Molyneux pula meninggalkan syarikat pada tahun 2012.

Fable-LEgends

Antara perancangan Lionhead Studios untuk Fable Legends ialah membenarkan pemain Xbox One dan PC untuk bermain bersama di atas talian. Penutupan Lionhead Studios pula mengecewakan mereka yang sudah lama menantikan kemunculan semula permainan baru Black&White dan The Movies.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd