Cari @ Amanz

Pengeluar peranti ZTE kini menghadapi masalah besar kerana kini dihalang membeli komponen dari pengeluar Amerika Syarikat berkuat kuasa serta mereta. Arahan diberikan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat selepas menemui bukti ZTE menjual produk mereka yang menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat ke negara Iran. Amerika Syarikat masih lagi menguatkuasakan sekatan perdagangan ke atas Iran sejak Ayatollah Khomeini menggulingkan Shah Iran pada tahun 1979.

ZTE-Axon-Elite-013

Penjualan produk dengan komponen dari Amerika Syarikat ini dilihat sebagai melanggar perjanjian penjualan. Halangan pembelian ini dijangka mendatangkan impak besar ke atas ZTE kerana mereka memerlukan teknologi dari IBM, Microsoft, Intel, Honeywell dan Qualcomm. Kerajaan China sudahpun menyuarakan bantahan terhadap halangan pembelian komponen ke atas ZTE ini. China mungkin “kilang dunia” tetapi dari berita ini jelas sekali Amerika Syarikat masih lagi pengeluar teknologi utama dunia dan boleh mengancam kemampuan kilang menghasilkan produk.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd