Peranti Mana Lebih Pantas? – Galaxy S7 Edge, Moto X Pure, Nexus 6P Atau iPhone 6S Plus?
Artikel Berkaitan

Peranti Mana Lebih Pantas? – Galaxy S7 Edge, Moto X Pure, Nexus 6P Atau iPhone 6S Plus?

Diterbitkan pada Mac 8, 2016 oleh .

Pagi tadi kami melaporkan Snapdragon 820 kini terletak di tangga ke atas sebagai pemproses paling berkuasa di pasaran dan mengalahkan Apple A9. Perbezaan kuasa memproses adalah agak tinggi dan di atas kertas peranti yang menggunakan Snapdragon 820 seperti Samsung Galaxy S7 Edge sepatutnya dengan mudah mengalahkan peranti lama seperti Nexus 6P (Snapdragon 810), Motorola Moto X Pure (Snapdragon 808) dan Apple iPhone 6S Plus (Apple A9). Tetapi bagaimana pula dengan ujian penggunaan dunia sebenar? Video dibawah menunjukkan perbezaan kepantasan keempat-empat peranti ini.

Menarik sekali iPhone 6S masih lagi lebih pantas manakala perbezaan kepantasan di antara tiga peranti Android yang diuji ini tidaklah sebesar yang dijangkakan. Sekali lagi peranti Apple menunjukkan pemproses lebih berkuasa serta jumlah RAM yang besar tidak menjamin peranti yang pantas. Yang lebih penting ialah pengoptimasian sistem operasi dan aplikasi oleh pengeluar.


TIPS & ULASAN