Huawei Mate 8 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM2099

Huawei Mate 8 Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM2099

Diterbitkan pada Mac 8, 2016 oleh .

Huawei Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terkini mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Mate 8. Ia hadir dalam dua variasi, iaitu Huawei Mate 8 Standard dan juga Huawei Mate 8 Premium.

Seperti beberapa peranti Huawei sebelum ini, Mate 8 turut hadir dengan rekaan yang premium berasaskan kepada logam, dan turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Melengkapkan peranti bersaiz 6-inci ini adalah cip pemprosesan Kirin 950 dan bateri berkapasiti 4000mAh. Huawei mengatakan telefon pintar ini mampu menawarkan masa penggunaan selama 2 hari lamanya dengan bateri berkapasiti besar berkenaan, dan turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

Huawei Mate 8

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Seperti biasa pelbagai fungsi penuras dan rakaman khusus disertakan pada telefon pintar ini.

Huawei Mate 8 dengan memori 3GB RAM dan storan 32GB, dikenali juga sebagai Huawei Mate 8 Standard akan dijual pada harga RM2099, sementara Huawei Mate 8 dengan memori 4GB RAM dan storan 64GB – yang turut dikenali dengan nama Huawei Mate 8 Premium ditawarkan pada harga RM2399.

Huawei Malaysia akan memulakan jualannya pada 11 Mac ini, dan 88 pembeli pertama di KLCC akan menerima Huawei Talkband B2 secara percuma.


TIPS & ULASAN