Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengumuman telefon pintar Huawei Mate 8, pihak Huawei juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan satu lagi pilihan warna baru peranti Nexus 6P untuk pasaran Malaysia, iaitu dalam pilihan warna emas.

Google Nexus 6P

Nexus 6P telah dijual di Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas, dimana ia hadir dengan rekaan premium, dilengkapi pengimbas cap jari, menyertakan kamera 12-megapixel – dan titik jualan utama untuknya adalah berasaskan kepada Android 6.0 Marshmallow tanpa sebarang penambahan antaramuka, dan menerima kemaskini terus daripada pihak Google.

Nexus 6P berwarna emas ini akan mula dijual di Malaysia bermula pertengahan Mac 2016 ini, pada harga sama seperti versi sebelum ini, iaitu RM2698. Seperti biasa, ia akan ditawarkan melalui laman VMall.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd