Cari @ Amanz

Membuat kejutan ketika pelancaran Huawei Mate 8 adalah pengenalan jam tangan pintar khusus untuk wanita dan hadir dengan rekaan khas bertatahkan berlian.

Masih dibawah keluarga Huawei Watch dan dijana menggunakan Android Wear, dua variasi khusus diperkenalkan untuk pengguna wanita, iaitu Huawei Watch Jewel dan juga Huawei Watch Elegant.

Huawei Watch Jewel

Seperti sebelum ini, ia hadir dengan rekaan skrin berbentuk bulat, tetapi kini ia menyertakan tali jam yang mesra pengguna wanita, disamping rekaannya yang lebih feminin. Huawei Watch Jewel turut menyertakan kristal Swarovski padanya – menjadikan ia berharga lebih tinggi.

Di Malaysia, Huawei Watch Jewel berharga RM2299, sementara Huawei Watch Elegant pula berharga RM1999. Kedua-duanya akan ditawarkan bermula penghujung April 2016 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd