Huawei MediaPad M2 10.0 Dengan Fokus Terhadap Audio Akan Dijual Tidak Lama Lagi

Huawei MediaPad M2 10.0 Dengan Fokus Terhadap Audio Akan Dijual Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 8, 2016 oleh .

Dengan pengenalan sejumlah peranti baru, Huawei turut sama mengambil peluang untuk memperkenalkan tablet baru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei MediaPad M2 10.0 – iaitu tablet bersaiz 10-inci daripada keluarga MediaPad M2. Beberapa bulan lepas, Huawei sedia menjual tablet bersaiz 8-inci daripada keluarga yang sama.

Huawei MediaPad M2 10

Huawei MediaPad M2 10.0 hadir dengan skrin yang besar untuk membolehkan anda menikmati media, disamping hadir dengan penggunaan teknologi audio Harman Kardon Clari-Fi. Huawei melengkapkan ia dengan empat-speaker untuk menawarkan pengalaman audio yang menarik melaluinya.

Disamping itu, tablet ini juga turut menyertakan pengecaman cap jari untuk memudahkan anda mengakses peranti dan mengelak mereka yang tidak dibenarkan menggunakannya.

Tablet ini turut direka untuk digunakan bersama-sama stylus yang dinamakan sebagai M-Pen yang hadir dengan 2048 titik tekanan untuk menawarkan pengalaman penggunaan seumpama pen.

Huawei MediaPad M2 10

Dari segi spesifikasi, tablet 10-inci ini dilengkapi cip Kirin 930, memori 2GB RAM/3GB RAM, ruangan storan 16GB/64GB, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Tablet ini menggunakan Android 5.1 Lollipop dan dilengkapi antaramuka EMUI 3.1.

Empat variasi MediaPad M2 10 akan ditawarkan di Malaysia, bermula versi asas menggunakan memori 2GB RAM, 16GB storan dan sokongan WiFi pada harga RM1299, versi sama dengan sokongan LTE dan M-Pen pada harga RM1599.

Huawei MediaPad M2 10 dengan 3GB RAM dan 64GB versi WiFi serta M-Pen ditawarkan pada harga RM1699, sementara versi LTE ditawarkan pada harga RM1999.


TIPS & ULASAN