Opera Mini Untuk Android Kini Membolehkan Video Ditonton Dengan Lebih Pantas

Opera Mini Untuk Android Kini Membolehkan Video Ditonton Dengan Lebih Pantas

Diterbitkan pada Mac 9, 2016 oleh .

Opera sebelum ini telah memperkenalkan fungsi pemampatan video pada Opera untuk Android. Hari ini, fungsi yang lebih kurang sama diperkenalkan untuk pengguna Opera Mini melalui apa yang dipanggil mereka sebagai Video Boost.

Opera mengatakan dengan mengaktifkan fungsi Video Boost pada Opera Mini, ia membolehkan sesuatu video lebih dioptimasikan sekaligus menjadikan ia boleh dimuatkan dan ditonton dengan pantas. Perkara ini secara tidak langsung membolehkan pengguna untuk menonton lebih banyak video pada pelan data yang sama.

Untuk mengaktifkan sokongan Video Boost, pengguna hanya perlu klik pada menu Opera, dan seterusnya mengubah tetapan kepada High Savings Mode dan mengaktifkan fungsi Video Boost. Opera Mini turut akan memaparkan info seperti data yang telah dijimatkan dan jumlah video yang telah melalui Video Boost.

Muat-Turun : Opera Mini untuk Android


TIPS & ULASAN