Skype Kini Menyokong Terjemahan Masa-Nyata Untuk Bahasa Arab

Skype Kini Menyokong Terjemahan Masa-Nyata Untuk Bahasa Arab

Diterbitkan pada Mac 9, 2016 oleh .

Skype sejak setahun dua yang lepas telah memfokuskan kepada fungsi terjemahan masa-nyata bagi membolehkan dua pengguna dengan berlainan bahasa berinteraksi dengan mudah melalui panggilan video. Sejak daripada pengenalan fungsi tersebut, Skype turut aktif menambah satu demi satu bahasa baru, dan hari ini mereka telah memperkenalkan sokongan untuk bahasa Arab.

Skype Translator Arab

Dengan adanya sokongan bahasa Arab ini, kini anda boleh membuat panggilan video dengan rakan-rakan anda yang bercakap bahasa Arab, dan seterusnya berinteraksi dengan mereka tanpa sebarang masalah melalui sokongan terjemahan masa-nyata ke Inggeris (atau beberapa bahasa lain seperti Mandarin dan sebagainya).

Skype mengatakan bahasa Arab digunakan di lebih 22 buah negara, dan semestinya pengenalan fungsi ini akan menarik lebih ramai menggunakan perkhidmatan Skype dalam membuat panggilan video.

Bagi anda yang berminat, boleh menguji fungsi Skype Translator ini pada perisian desktop Windows hari ini.


TIPS & ULASAN