(Ura-Ura) HTC Akan Menghasilkan Peranti Nexus Selama Tiga Tahun
HTC

(Ura-Ura) HTC Akan Menghasilkan Peranti Nexus Selama Tiga Tahun

Diterbitkan pada Mac 9, 2016 oleh .

Keluarga peranti Nexus bermula dengan Nexus One yang dihasilkan oleh HTC. Ia hadir pada tahun 2010 dan sehingga kini ialah satu-satunya peranti Nexus yang mempunyai slot kad MikroSD dan sebuah trackball. Tugas menghasilkan peranti Nexus kemudian jatuh ke tangan Samsung, LG, Motorola dan kini Huawei. Kerana penggunaan pengeluar yang berbeza, rekaan peranti Nexus tidak konsisten jika dibandingkan dengan sebuah iPhone.

Galaxy Nexus dengan skrin lengkung, kamera Nexus 5 terletak pada sisi manakala pada Nexus 6P pula ia di dalam bonjolan khas. Rekaan yang tidak konsisten inilah antara sebab mengapa menurut penganalisa jualan peranti Nexus tidak segah jualan Galaxy S.

HTCSejak kebelakangan ini mula kedengaran ura-ura tugas menghasilkan peranti Nexus akan kembali kepada HTC. Kini ura-ura terkini pula mengatakan Google dan HTC akan bekerjasama menghasilkan peranti Nexus selama tiga tahun. Ini mungkin adalah kerana kali ini Google mahu mempunyai kawalan lebih tinggi spesifikasi dan perkakasan yang digunakan pada peranti Nexus. Memandangkan HTC masih lagi mengalami masalah kewangan, mereka mungkin lebih terbuka untuk menerima input daripada Google. Kerjasama selama tiga tahun pula memastikan rekaan Nexus akan lebih konsisten tahun demi tahun.

Apakah pendapat anda sekiranya ura-ura ini menjadi reliti? Adakah anda berminat dengan peranti Nexus keluaran HTC? Kami hanya berharap sekiranya ini berlaku, Google akan memastikan HTC memperbaiki kualiti kamera mereka yang agak mengecewakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


TIPS & ULASAN