Adam Johnson Telah Dipadamkan Dari PES 2016 Dan Football Manager 2016

Adam Johnson Telah Dipadamkan Dari PES 2016 Dan Football Manager 2016

Diterbitkan pada Mac 9, 2016 oleh .

Minggu lalu kami melaporkan EA Sports sedang dalam proses memadamkan watak Adam Johnson dari permainan FIFA 16 mereka. Kelewatan mereka membuang watak pemain bola sepak yang baru sahaja didapati bersalah memperkosa remaja bawah umur ini menerima kritikan dari pengguna. Sekiranya anda meminati PES 2016 dan Football Manager 2016, berita baik ialah mereka telahpun memadam watak Adam Johnson dari permainan mereka. Ini dilakukan menerusi kemas kini awal bulan ini.

Adam-Johnson-FIFA-16Permainan komputer sekarang nampaknya semakin realistik dan mengikuti perkembangan dunia sebenar. Watak tiga dimensi yang dikawal di dalam permainan kelihatan sama seperti pemain di dunia sebenar lengkap dengan animasi sambutan jaringan gol tersendiri. Statistik mereka juga boleh diubah bergantung kepada kemampuan mereka di dunia sebenar.

Contoh terbaik ialah statistik kemampuan Marcus Rashford bintang muda Manchester United dipertingkatkan selepas menjaringkan empat gol di dalam dua perlawanan. Luiz Suarez pula tidak boleh dimainkanĀ  di dalam FIFA 15 selepas digantung selama 4 bulan kerana kesalahan menggigit Giorgio Chiellini ketika perlawanan Piala Dunia.


TIPS & ULASAN