Kemas Kini Google Nexus 5X Untuk Bulan Mac Akan Memperbaiki Masalah Sela Masa
Artikel Berkaitan

Kemas Kini Google Nexus 5X Untuk Bulan Mac Akan Memperbaiki Masalah Sela Masa

Diterbitkan pada Mac 9, 2016 oleh .

Nexus-5X-GAJETGoogle Nexus 5X ialah peranti kelas pertengahan yang dilancarkan Google tahun lalu. Tidak seperti Nexus 6P, peranti ini masih belum dijual di Malaysia. Peranti yang diperkasakan pemproses Snapdragon 808 ini dilaporkan mempunyai masalah sela masa serta kurang stabil untuk digunakan sejak dilancarkan.

Setelah menerima maklum balas dari pemilik, Google menjanjikan kemas kini bulan Mac ini akan memperbaiki masalah-masalah ini. Ia turut akan memperbaiki masalah WiFi dan Bluetooth yang dialami sesetengah pengguna.

Mungkin ini adalah sebab mengapa LG masih belum membawa masuk peranti ini ke pasaran tempatan. Kami hanya mampu berharap ia akan akhirnya dijual kerana secara peribadi kami merasakan Nexus 6P adalah terlalu besar dan di luar kemampuan kami untuk memilikinya. Kepada LG, jangan menanti terlalu lama kerana sekiranya ia mengambil masa terlalu lama kerana seperti goreng pisang, Nexus 5X hanya akan laku selagi ianya masih “panas”.


TIPS & ULASAN