Cari @ Amanz

Dewasa ini pembayaran tanpa tunai menjadi salah satu kemudahan yang semakin popular. Pembayaran sebegini mempunyai beberapa cara, termasuklah pemindahan wang diatas talian, pembelian secara terus kepada kad debit atau kad kredit, dan juga integrasi bersama pembayaran lain, seperti contoh PayPal. Namun salah satu cara asas adalah menggunakan kad debit atau kad kredit itu sendiri.

Dengan menggunakan kad kredit atau kad debit, pengguna tidak perlu risau membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak. Cuba bayangkan anda ke pusat membeli belah dan ingin membeli telefon pada harga RM 3,000. Sudah tentu berkepuk-kepuk duit tunai dalam dompet, dalam poket, dalam beg, dalam stokin mungkin dibawa dengan berhati-hati. Namun kelecehan ini tidak akan dialami sekiranya anda menggunakan kad kredit atau kad debit, dan ia lebih selamat kerana jika dompet yang mempunyai kad tersebut dicuri, anda hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membatalkan kad tersebut, sebelum sempat kad tersebut digunakan oleh pencuri.

Terdapat banyak pilihan kad kredit dan kad debit yang tersedia di pasaran. Salah satu bank yang menyediakan kemudahan kad kredit dan kad debit untuk akaun bank adalah Bank Rakyat. Dalam mendidik dan menggalakkan orang awam menggunakan transaksi melalui kad, kini mereka mempunyai peraduan dimana pemilik akaun Bank Rakyat yang merupakan pemegang kad Kredit-i atau kad Debit-i boleh memenangi hadiah bergantung kepada transaksi yang dilakukan. Bagi pemegang kad sedia ada, setiap pembelian RM 200 pada satu resit akan memberikan mereka 1 penyertaan, manakala perbelanjaan terkumpul sebanyak RM 1,000 akan memberikan mereka 10 penyertaan.

screenshot_888 screenshot_887

Bagi mereka yang tidak memiliki akaun Bank Rakyat, anda hanya perlu memohon dan dengan kelulusan tersebut, anda akan mendapat 5 penyertaan. Sekiranya anda aktif berbelanja dengan kadar minimum RM 200 pada satu resit, sebanyak 10 penyertaan akan diberikan. Pilihan hadiah juga agak menarik, dimana pengguna kad Bank Rakyat Kredit-i atau Debit-i berpeluang memenangi hadiah utama seperti kereta dari jenama Renault, Volkswagen, Citroen, hadiah pertama yang boleh dipilih dari motorsikal berjenama seperti Vespa, KTM, atau Kawasaki. Hadiah kedua pula terdiri dari pakej percutian dan hadiah saguhati pula mengikut bulanan atau mingguan, dan memberikan pemenang pulangan tunai.

Peraduan yang menggalakkan pengguna menggunakan kad Kredit-i & Debit-i Bank Rakyat ini akan tamat pada 31 Mac 2016 .

Penafian: Advertorial dari Bank Rakyat

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd