Google Memperkenalkan Destination Untuk Memudahkan Anda Merancang Percutian Anda

Google Memperkenalkan Destination Untuk Memudahkan Anda Merancang Percutian Anda

Diterbitkan pada Mac 9, 2016 oleh .

Google sebelum ini sedia menyediakan perkhidmatan carian untuk hotel dan penerbangan. Disamping itu, menggunakan enjin carian Google juga, pengguna boleh membuat carian pelbagai destinasi menarik, disamping beberapa perkara yang berkaitan – dimana ia sedia diintegrasikan pada perkhidmatan Google Now apabila pengguna ke luar negara.

Terkini, dalam usaha lebih memudahkan pengguna, Google memperkenalkan sebuah fungsi yang dinamakan sebagai Destination pada carian Google mereka. Melaluinya, pengguna hanya perlu membuat carian berkaitan percutian ke sebarang lokasi, dan ia akan memperlihatkan hasil serta perancangan penuh untuk percutian di sekitar kawasan tersebut.

Buat masa ini, antara kata kunci yang mengaktifkan perkara ini adalah menggunakan “ vacation” – sebagai contoh, Malaysia vacation, Bangladesh vacation, Europe vacation dan lain-lain.

Sebaik sahaja membuat carian berkenaan, ia akan memaparkan hasil carian tersusun – daripada info ringkas berkaitan kawasan berkenaan, dan bandar-bandar yang boleh dilawati.

Google Destinations

Google Destinations

Google Destinations

Apabila membuka sesuatu pilihan kawasan, Google akan memaparkan lebih info berkaitan dengannya, termasuk kawasan yang boleh dilawati, harga hotel berdekatan, penerbangan ke sana, dan sebagainya.

Secara kasarnya, Google memudahkan proses pencarian dan perancangan ke sesuatu negara dengan mudah terus melalui enjin carian mereka.


TIPS & ULASAN