Cari @ Amanz

Ekonomi digital merupakan salah satu sektor yang sedang berkembang dengan pesat di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Bercakap mengenainya, kini kerajaan menyasarkan untuk ia menyumbang sekitar 20% daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2020 kelak.

Ekonomi digital ini telah menjadi salah satu sektor yang penting dalam era globalisasi ini, dimana ia berasaskan kepada teknologi. Kerajaan menyasarkan ia akan menembusi semua sektor dan menjadi salah satu elemen penting dalam perkembangan ekonomi.

Perkembangan ini mungkin suatu yang dijangka, apatah lagi dengan sumbangan KDNK ekonomi digital pada tahun 2014 sendiri telah mencapai 17%.

Seperti ramai sedia maklum, ekonomi digital ini kian hari memainkan peranan yang penting, malah pelbagai syarikat gergasi yang hadir akhir-akhir ini adalah syarikat yang memfokuskan kepada arena teknologi dan digital. Ramai usahawan muda yang lahir baru-baru ini juga lebih memfokuskan kepada arena yang serupa.

Kerajaan seperti biasa memainkan peranan penting dalam perkembangannya, dan di Malaysia terdapat beberapa badan yang membantunya, termasuk MDeC dan beberapa yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd