Sky Membuat Pelaburan Strategik Pada iFlix

Sky Membuat Pelaburan Strategik Pada iFlix

Diterbitkan pada Mac 9, 2016 oleh .

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman popular di Malaysia, dimana ia turut ditawarkan secara percuma untuk pelanggan UniFi dan juga Digi. Mereka sebelum ini telah menerima pelaburan daripada beberapa pihak, dan hari ini mereka turut menerima pelaburan daripada syarikat penyiar kandungan dari UK, iaitu Sky.

Sky mengatakan ini merupakan kerjasama strategik dengan pihak iFlix, dan pada masa yang sama membuat pelaburan sebanyak $US45 juta pada iFlix. Dengan kerjasama ini, tidak mustahil untuk kita melihat sejumlah kandungan terbitan Sky dibawa masuk ke dalam iFlix.

Sky

Apa yang menariknya, Sky turut mempunyai penawaran sukan mereka, dan ia akan memberikan kelebihan kepada iFlix sekiranya Sky turut menawarkan kandungan sukan mereka melalui iFlix. Namun, ia mungkin agak sukar disebabkan proses perlesenan dan sebagainya.

iFlix pada hari ini beroperasi di Malaysia, Filipina dan juga Thailand. Ia lebih dioptimasikan untuk negara-negara membangun, dan lebih mesra pengguna peranti mudah-alih. iFlix sebelum ini turut mengatakan mereka ingin memperluaskan penawaran mereka ke negara-negara di Timur Tengah pada tahun ini.


TIPS & ULASAN